Sabtu, 6 Jun 2015

Sembang Taubat.


       


 Assalamualaikum geng!  kali ni Kuaci nak Share sikit pasal tips taubat." Hampeh kau Kuaci, kau taubat lepas tu kau buat dosa balik. kau tak reti letih eh?" biar penat kat dunia bro, kat akhirat kita dapat rehat puas-puas..  yep! manusia tak kan terlepas dari membuat dosa. sebab tu kita perlu taubat. kalau boleh lazimkan diri kita untuk solat sunat taubat sebelum masuk tidur. kenapa?? sebab mati itu anytime bro tak kira tua atau muda miskin mahupun kaya. Ada faham? Meh kita imbas balik syarat-syarat taubat.:-)


SYARAT-SYARAT TAUBAT;

1. Berhenti dari melakukan dosa

2.Menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan

3.Berazam tidak  mengulangi dosa tersebut

4.Memohon maaf dan memulangkan hak mereka..


          Kuaci dah share syarat-syarat taubat:).. now, kuaci nak bagi tips taubat pulak ye. Kuaci sekadar share terpulang kepada hangpa la nak ikut ke dok sebab tips taubat bukan satu ni je. kuaci bagi yang simple je tau:). Kuaci bukan sembang kencang pasal tips ni. ramai kawan Kuaci ikut tips ni sebab diorang cakap mudah. OK! bagaimana tips nya? Macam biasalah korang buatlah apa-apa yang patut dulu sebelum mendirikan solat taubat seperti berwudhu,pakai baju yang suci dari najis n yang penting sekali NIAT tu perlu ikhlas kerana Allah bukan sebab awek@crush.

           erm, kuaci! macam mana niat solat sunat taubat? okay, kuaci jawab ye! Niatnya sama dengan solat-solat sunat yang lain."SAHAJA AKU SOLAT SUNAT TAUBAT DUA RAKAAT KERANA ALLAH TAALA". Pada rakaat pertama korang semua baca surah Al-fatihah & surah Al-kafirun. Kalau boleh fahami maksud surah yang kita baca. Pada rakaat kedua pula macam biasa surah Al-fatihah & baca surah Al-ikhlas.. pada sujud terakhir disunatkan sujud lama sikit sebab pada masa itu paling dekat dengan Allah. sesudah solat, istighfar la banyak-banyak & perbanyakan berzikir.. pada masa tu imbas balik dosa-dosa yang dah kita buat. Biar air mata kita mengalir kerana teringatkan dosa yang dah kita lakukan. bukan menangis sebab ditinggalkan kekasih.opsss!! sorry sorry.. lari tajuk plak.  Mohon ampun dari Allah, insyaallah allah ampunkan dosa hamba-hambanya. Dalam doa tu biar kita rendahkan diri kita. Allah tu Maha Pengampun.. Mana mungkin Allah tak terima taubat hambanya yang ikhlas.. Beb! Allah tak lihat masa lampau kita. Allah memang nak hambanya kembali pada jalan yang lurus.


 Kauci share satu doa untuk panduan kita bersama ye:).doanya:

"YA ALLAH! SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENZALIMI DIRIKU SENDIRI DENGAN PENZALIMAN YANG BANYAK. DAN TIDAK ADA YANG DAPAT MENGAMPUNI SEGALA DOSA MELAINKAN ENGKAU.MAKA AMPUNILAH AKU DENGAN KEAMPUNAN YANG SEMPURNA DI SISI-MU DAN KASIHANILAH AKU.. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH".

     

Bro! Dah tiba masa untuk hijrah! jangan tunggu masa susah baru nak bertaubat. jangan tunggu bulan ramdahan baru nak hijrah. Ingat! mati tu anytime anywhere bro. Satu je kuaci nak pesan. Jangan leka dengan dunia terutama anak-anak muda:). Selamat beramal..


Isnin, 25 Mei 2015

Kenapa Terlalu Banyak Alasan?



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga eh?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah tu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia dah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa dah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. Hang tunggu ajal menyeru baru nak berubah??
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tak mau hipokrit kerana tak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana kau tak ikhlas beragama islam....
.

Sabtu, 23 Mei 2015

Kenapa kita tidak bersyukur?





              Kadang kala manusia bila ditimpa musibah, selalu jatuh tersungkur bagaikan kehilangan segala-galanya. Andai ditimpa sakit, pasti mengeluh sepanjang masa. menjerit-jerit kesakitan... marah sana-sini. yang manusia tahu hanya menunding jari pada Allah. " Ya Allah, kenapa kau berikan dugaan seberat ini? mengapa kau buat aku begini, setelah siang dan malam aku bersujud padaMu ya Rabb, kenapa kau berikan kesusahan pada ku?? kenapa ? kenapa aku Ya Illahi.??". itulah yang selalu mereka rintihkan. sama seperti saya yang sering menimpa kesakitan dan dugaan.

            Pada suatu ketika, saya terdengar kuliah di TV yang menceritakan tentang BERSYUKUR !! beliau kata, "kenapa kau tak bersyukur dengan apa yg kau ada? Allah hanya memberi sedikit ujian pada kita untuk lebih dekat denganNya. kenapa harus kita merungut? sepatutnya kita bersyukur kerana Allah masih memberi nikmat MATA untuk melihat ciptaanNya, andai kata sakit kaki, Allah masih memberi nikmat makan dan tangan untuk melakukan kebaikan. apa lagi yang kau mahu wahai insan??? " kata-kata yang ringkas sebegitu menyentap hati dan perasaanku. berlenang air mata jatuh ke bumi.

             Bila aku merenung diriku sendiri, aku masih boleh makan, bercakap, melihat, cuma badan saja yang kesakitan membuatkan aku sukar untuk bergerak dan melangkah. apa lagi yang aku inginkan. kata beliau juga, sahabat dahulu pernah berdoa sedemikian, "Ya Allah, tempatkanlah aku di dalam golongan yang sedikit, AMIN". lalu aku terfikir, apa yang dimaksudkan dengan doa tue, aku terus menanti jawapan dari penceramah, lalu beliau berkata golongan yang sedikit ini adalah golongan yang bersyukur. kerna ramai orang susah untuk bersyukur dengan apa yang dia ada. bila dapat ganjaran dan habuan baru nak bersyukur....

             kadang2 aku terfikir, adakah aku nie berguna pada keluarga ku? dah la tak boleh nak keje, asyik sakit sahaja. kadang2 aku rasa semakin besar nie aku semakin susahkan ibu bapa aku. kawan-kawan ku rancak mencari rezki tapi aku hanya duduk menyepi... sampai satu ketika aku persoalkan Allah dengan berbagai2 soalan yang menggambarkan aku tak bersyukur, lalu aku menangis, kerna aku takut andai aku tak dapat menjadi GOLONGAN YANG SEDIKIT itu... sedih berganti sedih.

wahai sahabat2 sekalian, gunalah nikmat kesihatan anda untuk teruskan berdakwah dan berjuang mencari rezki yang halal. Bersyukur dengan apa yang kita perolehi..

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.... Kalimah yang sentiasa kuungkap bagi menenangkan jiwa aku...

Jumaat, 22 Mei 2015

Ikhtilat tu amende?








Ikhtilat tu apa? Bila ikhwah gabung dengan akhawat ke? IKHwah Team wIth Le akhawAT?
Tersembur kuah kari. Bukan. Ikhtilat tu adalah pergaulan. Dari sudut syara' ia merujuk kepada pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

Asal perkataan ikhtilat dari sudut bahasa adalah bercampur. Dari segi syara' ia membawa makna percampuran/pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

Ok. Apa hukum ikhtilat antara lelaki dan perempuan? 
Bergantung. Ada yang haram. Ada yang harus. Ada yang halal malah diwajibkan. 

Contoh; haram kalau berhubungan lelaki dan perempuan yang ajnabi dan tiada urusan yang perlu/mendesak untuk melakukan perhubungan itu. Apatah lagi andai ia tanpa batasan dan bermesra-mesra bertepuk-tampar gituh. Penampar nak? Eh.

Harus pula dalam urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan seperti doktor dengan pesakitnya, urusan jual-beli, cikgu dengan anak muridnya dan yang seangkatan dengannya.

Halal malah diwajibkan pula adalah dalam situasi yang benar-benar mendesak seperti mahu melindungi seorang wanita yang dikhuatiri terancam keselamatannya. Macam ada seorang makcik kena copet dan nak terjatuh dan ketika itu anda cepat-cepat pergi menyambutnya. Takkanlah anda nak biarkan nak berkata, "Uish, ikhtilat!"

Peluh besar.

Uhm. Ada dalil syari'e ke pasal kena jaga ikhtilat ni..? Ke anda memandai je Kuaci.?
Banyaaaakk. 

"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk."
[al-Israa, 17:32]

Dalam ayat ni  Allah tak pula berfirman, "Janganlah kamu berzina," tapi Allah berfirman "Janganlah kamu MENDEKATI zina.." Maknanya kita sebagai manusia kena berusaha bersungguh-sungguh menjauhi unsur-unsur yang boleh mendekatkan kita dengan zina, dan hal ini termasuklah dengan kita menjaga pergaulan kita dengan mereka yang berlainan jantina.

Dalam surah al-Ahzab, Allah berfirman,

"...Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka."
[al-Ahzab, 33:53]

Bayangkan, isteri-isteri Nabi yang digelar Ummahatul Mu'minin (Para ibu orang mu'min), yang dijanjikan sorga dan darjat tinggi untuk mereka itu pon, jika ada urusan dengan kaum lelaki hendaklah dibuat di belakang tabir, apatah lagi untuk wanita-wanita biasa di luar sana? Mestilah kena lagi jaga kan..? 

Dan kalau tiada dalil syari'e sekalipon, saya yang tak pandai sangat ni pon boleh fikir mengapa Islam benar-benar menjaga ikhtilat ni. Anda suka tengok adik perempuan anda bermesra dengan budak-budak lelaki tanpa batas dan sempadan? Atau mak anda bertepuk-tampar dengan bhai jual roti? Tak kan..? Dah tu..?

Ok sentap. Tapi kalau di alam maya..? Ada ikhtilat jugakah?
Ofkos! Malah di alam maya, lagi lah kita kena jaga dan lebih berhati-hati. Sebab syaitan pon ada akaun Facebooknya sendiri. Iblis pon ada akaun Pengicaunya juga. Jarum-jarum mereka di alam maya lebih halus dan merbahaya. 

Tak perlulah buat emotikon comel dan manja-manja apabila berbalas dinding dengan mereka yang berlainan jantina. Lebih baik, jangan dinding langsung! 

Apatah lagi anda di luar sana yang bergelar selebriti alam maya, ohoi, lagi lah kena jaga! Komen-komen gedik usah dibalas. Komen tak gedik pon, kalau tak perlu untuk dibalas, tak usahlah cari fasal. Tak perlulah muat naik gambar-gambar anda yang comel dan hensem itu. Untuk apa? Jika hati anda tidak bermasalah, boleh jadi anda akan membuatkan hati-hati orang lain bermasalah! 

Gunakan alam maya untuk berdakwah, bukan untuk cari dan buat masalah!

Tapi nanti kalau orang kata kita sombong macam mana..?
Ohh orang kata sombong takut..? Allah marah, tak takut..?

Err, ok. Lap peluh. Apa lagi yang tak boleh buat dalam perkara ikhtilat ni?
Khas untuk lelaki, mereka dituntut untuk menundukkan pandangan. Walaupon anjuran yang sama ditujukan juga kepada kaum wanita, namun prioritinya adalah pada kaum lelaki. Kerana, err, fisiologi lelaki ni berbeza sikit. Syahwatnya amat mudah terangsang hanya dengan memandang dan melihat. Meskipon di hadapannya adalah seorang ukht yang bertudung labuh hingga ke kaki.

Dan khas untuk perempuan, tolonglah jangan nak bermanja-manja, sengaja bersuara halus dan menggoda, menggedik, tulis 'xoxoxo' atau '^_^V'  atau '~.~' dan lain-lain dalam wassap dan sebagainya. Semua ini amat mudah menggegar iman seorang lelaki. 

Biarlah anda digelar akhawat garang atau akhawat brutal sekalipon. Syadid dalam hal ikhtilat ini jauh lebih baik daripada meringan-ringankannya. 

Dan tolong, baik lelaki atau perempuan, tolonglah jangan muat naik gambar-gambar yang tidak perlu, tidak senonoh, manja-manja gedik-gedik, nampak bulu dada, bulu ketiak dan sebagainya dalam akaun media sosial anda. Tolonglah simpan untuk kegunaan peribadi. 

Tapi Kuaci, kalau ikhwah dan akhawat pon nak kena jaga ikhtilat ke..? Diorang ni bukan ke dah qawiyy?
Aik, ikhwah dan akhawat tu bukan manusia kah..?

Ikhwah dan akhawat, yakni mereka yang menggelarkan diri mereka tu seorang dai'e, lagi lah kena jaga. Pertamanya, adalah kerana mereka itu qudwah kepada masyarakat di sekeliling mereka. Setiap perilaku dan perbuatan mereka sentiasa diperhatikan. Percakapan dan tingkahlaku mereka adalah fatwa kepada orang lain untuk berbuat perkara yang sama! 

Keduanya, ikhtilat adalah sebahagian daripada ujian dan cubaan yang pasti akan dilalui oleh seorang dai'e. Ketika inilah, mujahadahnya akan diuji. Ketika inilah, kefahaman tarbiyah dan fikrahnya akan digoncang sehingga dia goyang dan hampir rebah.

Kerana itu lebih baik menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah yang boleh mendatangkan fitnah, apatah lagi apabila kita tahu yang kita tidak cukup kuat untuk menghadapinya.

Seqawiyy mana pon seorang al-akh itu, akhirnya dia tetap seorang lelaki. Dan betapa syadidnya seorang ukht itu, akhirnya dia tetap seorang perempuan. 

Jadi apa solusinya untuk menjaga diri daripada ikhtilat yang tidak syari'e ni Kuaci?
Pertama dan yang paling utama, mujahadah diri untuk mengelakkan diri daripada ikhtilat yang tidak perlu. Dengan kata lain, jauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah yang mendekati zina, yang akan mendatangkan fitnah. Jika nak bermesyuarat contohnya, jika tidak perlu berjumpa, maka jangan berjumpa. Cukuplah sekadar bermesyuarat di atas talian. Itu pon kena ramai-ramai, tidak boleh berdua. Jika terpaksa berjumpa sekalipon, pastikan berteman dan ada jarak atau tirai yang memisahkan.

Kedua, sibukkan diri dengan kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, agar tidak punya masa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Bukankah masa lapang seorang dai'e itu adalah permulaan kefuturan buat dirinya?

Ketiga, sekiranya memang dah tak boleh tahan nafsu dah, sampai tahap kronik, hukumnya wajib untuk anda kahwin. Kalau atas sebab-sebab tertentu anda tak mampu nak berkahwin, ha, silakan berpuasa.

"Wahai pemuda, siapa dalam kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Ini kerana berkahwin boleh menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa. Ini kerana puasa itu adalah perisai."

[Hadith riwayat Bukhari]

Tapi nanti kalau tak kahwin macam mana..? Bukan ke kena kenal seseorang tu baru boleh nak kahwin..?
*Jegil mata*

Kbai. Tapi.. Macam mana nak tahu apa yang kita buat tu boleh atau tidak..? Menjaga ikhtilat atau tidak?
Apa kayu ukurnya? Tanya diri anda, kalau anda balas waksep si ikhwah bergaya, adakah ia bermanfaat untuk dakwah? Jika anda menjawab panggilan daripada si ukht pesona, adakah ia membawa faedah untuk ummah? Kalau anda memuat naik gambar-gambar bajet comel anda itu, adakah ia menjurus kepada ibadah atau jahiliyyah? Sekiranya anda terkulat-kulat dan terpaksa perah otak untuk menjawab soalan-soalan di atas ini, lebih baik anda tinggalkan sahaja. 

Syadid gila ah Kuaci ni.  
Apa? Boleh ulang? Saya tak berapa nak dengar.

Err takde apa-apa. Uhm Kuaci ada pesanan yang terakhir?
Jagalah akhlak dan perilaku anda. Lelaki baik untuk perempuan yang baik. Sebaliknya, lelaki keji untuk perempuan yang keji. Itu janji Allah.

Jatuh chenta dengan Allah dahulu. Cari dan kejar redhaNya. InshaAllah, Dia akan ketemukan kita dengan chenta hakiki yang sejati. Kalau bukan di dunia ni sekalipon, InshaAllah di sorga sana. Senyum. 

Tapi ofkoslah kena berusaha. Borang kena isi juga. Eh.

Eh kejap Kuaci. Soalan terakhir mungkin. Err anda bila nak kahwin..? Lariiiii.
Jatuh kerusi. Oi!