Assalamualaikum geng! kali ni Kuaci nak Share sikit pasal tips
taubat." Hampeh kau Kuaci, kau taubat lepas tu kau buat dosa balik. kau
tak reti letih eh?" biar penat kat dunia bro, kat akhirat kita dapat rehat puas-puas.. yep! manusia tak kan terlepas dari membuat
dosa. sebab tu kita perlu taubat. kalau boleh lazimkan diri kita untuk solat
sunat taubat sebelum masuk tidur. kenapa?? sebab mati itu anytime bro tak kira
tua atau muda miskin mahupun kaya. Ada faham? Meh kita imbas balik
syarat-syarat taubat.:-)
SYARAT-SYARAT TAUBAT;
1. Berhenti dari melakukan
dosa
2.Menyesal atas perbuatan dosa
yang dilakukan
3.Berazam tidak mengulangi dosa tersebut
4.Memohon maaf dan memulangkan
hak mereka..
Kuaci dah share syarat-syarat
taubat:).. now, kuaci nak bagi tips taubat pulak ye. Kuaci sekadar share
terpulang kepada hangpa la nak ikut ke dok sebab tips taubat bukan satu ni je.
kuaci bagi yang simple je tau:). Kuaci bukan sembang kencang pasal tips ni.
ramai kawan Kuaci ikut tips ni sebab diorang cakap mudah. OK! bagaimana tips
nya? Macam biasalah korang buatlah apa-apa yang patut dulu sebelum mendirikan
solat taubat seperti berwudhu,pakai baju yang suci dari najis n yang penting
sekali NIAT tu perlu ikhlas kerana Allah bukan sebab awek@crush.
erm, kuaci! macam mana niat solat sunat
taubat? okay, kuaci jawab ye! Niatnya sama dengan solat-solat sunat yang
lain."SAHAJA AKU SOLAT SUNAT TAUBAT DUA RAKAAT KERANA ALLAH
TAALA". Pada rakaat pertama korang semua baca surah Al-fatihah &
surah Al-kafirun. Kalau boleh fahami maksud surah yang kita baca. Pada rakaat
kedua pula macam biasa surah Al-fatihah & baca surah Al-ikhlas.. pada sujud
terakhir disunatkan sujud lama sikit sebab pada masa itu paling dekat dengan
Allah. sesudah solat, istighfar la banyak-banyak & perbanyakan berzikir..
pada masa tu imbas balik dosa-dosa yang dah kita buat. Biar air mata kita
mengalir kerana teringatkan dosa yang dah kita lakukan. bukan menangis sebab
ditinggalkan kekasih.opsss!! sorry sorry.. lari tajuk plak. Mohon ampun dari Allah, insyaallah allah
ampunkan dosa hamba-hambanya. Dalam doa tu biar kita rendahkan diri kita. Allah
tu Maha Pengampun.. Mana mungkin Allah tak terima taubat hambanya yang ikhlas..
Beb! Allah tak lihat masa lampau kita. Allah memang nak hambanya kembali pada
jalan yang lurus.
Kauci share satu doa untuk panduan kita
bersama ye:).doanya:
"YA ALLAH! SESUNGGUHNYA
AKU TELAH MENZALIMI DIRIKU SENDIRI DENGAN PENZALIMAN YANG BANYAK. DAN TIDAK ADA
YANG DAPAT MENGAMPUNI SEGALA DOSA MELAINKAN ENGKAU.MAKA AMPUNILAH AKU DENGAN
KEAMPUNAN YANG SEMPURNA DI SISI-MU DAN KASIHANILAH AKU.. SESUNGGUHNYA ENGKAU
MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH".
Bro! Dah tiba masa untuk hijrah!
jangan tunggu masa susah baru nak bertaubat. jangan tunggu bulan ramdahan baru
nak hijrah. Ingat! mati tu anytime anywhere bro. Satu je kuaci nak pesan. Jangan
leka dengan dunia terutama anak-anak muda:). Selamat beramal..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan